Pengenalan
Program Penjana KPT-CAP@JOHOR yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor khas untuk graduan yang bermastautin di Johor.
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Career Advancement Programme (CAP) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi atau PENJANA KPT-CAP adalah inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19.
Agensi yang terlibat







Siapa Layak Sertai?
- Warganegara Malaysia
- Beralamat di Johor
- Graduan Diploma atau Ijazah dalam pelbagai bidang
- Graduan Sarjana Muda atau Diploma daripada institusi pengajian tinggi di Malaysia
- Tidak bekerja semasa tempoh permohonan
- Umur 19-30 tahun

Kursus yang akan ditawarkan
Kursus in merupakan kursus yang diperkenalkan oleh JAKIM untuk melantik seorang Eksekutif Halal. Individu Eksekutif Halal yang dilantik akan membimbing dan membantu organisasi dalam proses untuk permohonan sijil Halal. Inisiatif ini akan mengekalkan aspek Halal mengikuti piawaian Halal Malaysia.

Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada peserta terhadap prosedur dan pengetahuan untuk penyediaan makanan dan minuman mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Starbucks Malaysia.

Tempoh Latihan
- Kursus Eksekutif Halal bersama HOLISTICS Lab selama 15 hari.
- On Job Training bersama Starbucks selama 6 sehingga 12 bulan.
Mod Latihan
Platform Online & Fizikal
Kenapa anda patut sertai?
- Kursus dan Sijil Eksekutif Halal secara PERCUMA.
- Sijil Eksekutif Halal dari JAKIM.
- Modul pembelajaran bagi khusus eksekutif halal mengikut keperluan JAKIM.
- Percuma 3 bulan akses aplikasi QuikHalal & Myhalalgig
- Percuma buku rujukan Profesional Eksekutif Halal
- Pengajar yang diiktiraf JAKIM & HRDC
- Latihan serta Sijil Penyediaan Makanan dan Barista bersama Starbucks.
- Peluang membina kerjaya bersama Starbucks.
- Yuran penyertaan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.
- Elaun akan diberikan sepanjang 'On Job Training' bersama Starbucks.
Sijil-sijil yang akan diperolehi
- Sijil Profesional Eksekutif Halal
- Sijil Teknologi Informasi
- Sijil Kehadiran
- Sijil Tamat Kursus
Nukilan



